PASANGAN KEMBAR TIGA
( gambar )
“...Ada satu masalah, Satu banyak-banyak, dua sedikit-sedikit, tiga jarang-jarang, empat kadang-kadang...” Tentu ramai masih lagi mengingati teka teki tersebut dalam satu babak filem Nujum Pak Belalang arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Jawapan yang dikaitkan adalah berkenaan dengan perhakwinan, kerana ramai orang berkahwin satu, sedikit orang berkahwin dua, jarang orang berkahwin tiga dan kadang-kadang ade yang berkahwin empat.
Lain pula situasi yang berlaku dalam komuniti Ahli TAWAS. Pada tanggal 14 Januari 2012 yang lepas, TAWAS telah pun mengadakan satu lawatan ke Pangsapuri Idaman, Damansara Damai Petaling Jaya untuk melihat sendiri telatah pasangan kembar tiga iaitu adik:
- Nur Auniey Wamardieah binti Mohd Kasma,
- Nur Auniey Wamaisara binti Mohd Kasma dan
- Nur Auniey Wamadiehah binti Mohd Kasma
Lawatan tersebut telah disertai oleh Pengurus Besar, Penasihat dan Eksekutif Pembangunan YAWAS. Kedatangan mereka ditunggu oleh bapa kepada pasangan kembar tersebut iaitu Encik Mohd Kasma Yaacob. Dengan berbekalkan lapan (8) bungkus susu bayi Dulac seberat satu (1) kilogram setiap satu dan enam (6) bungkus ‘pampers’ rombongan tersebut sampai ke pangsapuri pada jam 11.30 pagi. Selain daripada itu, mereka juga membawa makanan dan minuman untuk ahli keluarga yang lain.
Rombongan diperkenalkan kepada ketiga-tiga pasangan kembar yang kesemuanya perempuan dan telahpun menjangkau umur hampir enam (6) bulan. Rombongan YAWAS terpesona melihat ketiga-tiga mereka dibaringkan diatas tilam oleh ibu mereka. Sama-sama comel, berpakaian yang serupa dan mereka tidak langsung meragam. Melayan anak-anak tersebut sambil bertanya khabar dan juga cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kedua-dua ibubapa anak kembar tersebut untuk membesarkan mereka.
Anak-anak tersebut dilahirkan semasa berumur tujuh (7) bulan secara pembedahan untuk kelahiran yang kedua. Sebelum itu, mereka telah pun dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia hampir 3 tahun.
Bapa pasangan kembar tiga ini bekerja sebagai pemandu lori kecil dikawasan sekitaran dan dengan pendapatan yang tidak seberapa. Pada masa yang sama si isteri tidak bekerja merasakan satu cabaran terutama sekali terpaksa melupakan perkara-perkara lain selain berusaha untuk memastikan susu anak-anak ini sentiasa ada. Satu (1) kilogram susu akan habis dalam masa tiga (3) hari dan bayangkan iaitu antara 10 hingga 12 kilogram susu termasuk bekalan pampers perlu tersedia untuk setiap bulan. Kos untuk membesarkan anak-anak tersebut paling minima ialah sebanyak RM 450 sebulan bagi bekalan susu dan pampers dimana kos tersebut tidak termasuk lain-lain keperluan.
Kepada yang simpati dan yang mampu untuk membantu YAWAS sebagai pengendali, Skim TAWAS bersedia untuk menyelaraskan bantuan kepada keluarga ini. Sebarang pertanyaan dan bantuan, sila hubungi Pejabat TAWAS di talian 03-55218740 atau 03- 5521 8741.
Terima Kasih.