Kini anda boleh mengetahui jadual program TAWAS yang telah di programkan di bawah. Dengan memaparkan jadual-jadual
program ini, pihak TAWAS mengalu-alukan dan secara rasminya menjemput individu-individu yang belum lagi mendaftar
di dalam program Tabung Warisan Anak Selangor untuk mendaftarkan nama anak mereka bagi membolehkan Kerajaan Negeri
Selangor memberikan manfaat yang sepatutnya mereka perolehi.
Pihak TAWAS jugak mengalu-alukan ahli-ahli yang telah berdaftar untuk datang jika mereka ingin menyemak status pendaftaran
atau ingin bertanyakan soalan kepada petugas-petugas dan pegawai-pegawai TAWAS yang ditugaskan disana. Di samping itu,
pihak TAWAS juga menjemput ahli-ahli TAWAS yang telah berdaftar untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis dan program-
program tersebut.
Sekalung penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada individu-individu atau pihak-pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung di dalam menjayakan segala program yang di jalankan oleh TAWAS dan program jemputan dari pihak-pihak
lain.