Syarat Pendaftaran Online TAWAS
|
Kepada ibubapa yang ingin ataupun telah membuat pendaftaran secara online, Sila pastikan anda telah menyerahkan kesemua salinan dokumen (Salinan Mykad Ibubapa, Mykid Anak dan Sijil Lahir) yang diperlukan dalam tempoh 4 minggu dari tarikh permohonan secara online. Permohonan anda akan terbatal sekiranya salinan dokumen tersebut gagal diserahkan selepas tempoh 4 minggu dari tarikh permohonan. Syarat Permohonan TAWAS Dokumen-dokumen tersebut boleh dihantar melalui Pos, Pos Laju, Faks, E-mail ataupun datang sendiri ke pejabat urusan TAWAS di alamat : Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH, Park City, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Sila semak status pendaftaran anak anda selepas membuat pendaftaran secara online dan menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan. Ibubapa dinasihatkan supaya mengisi semula permohonan secara online sekiranya anak mereka masih belum mempunyai apa-apa status didalam sistem TAWAS dalam tempoh sebulan selepas tarikh akhir menghantar dokumen berakhir. Ibubapa juga boleh menyemak status pendaftaran anak mereka dengan pegawai bertugas TAWAS di talian 03-5521 8740 atau 8741. Daftar & Semak Sekarang |