KINI ANDA BOLEH MENDAFTAR SECARA "ONLINE".... IBUBAPA SI MANJA TAWAS KINI BOLEH MENYERTAI KELAB `PARENTS' TAWAS

 


Pengenalan

Program “Si Manja Cari Si Manja” merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS). Program ini bertujuan untuk mensasarkan sebanyak lebih 30,000 orang bilangan ahli berdaftar dengan TAWAS sehingga penghujung tahun 2009. Oleh yang demikian, pihak TAWAS mengalu-alukan ibu/bapa “Si Manja TAWAS” (ibu/bapa yang sudah mendaftarkan bayi mereka dengan TAWAS) membawa sekurang-kurangnya lima (5) orang peserta lain yang layak untuk mendaftar sebagai ahli TAWAS ke pejabat kami. Sekiranya semua peserta yang dibawa layak untuk didaftarkan sebagai ahli TAWAS, pihak kami akan memberi ganjaran berbentuk baucer pembelian sebanyak RM 20.00 dan cenderahati sebagai tanda penghargaan dari pihak kami kepada anda.
Program ini juga dibuka kepada orang ramai yang membawa sekurang-kurangnya lima (5) orang peserta lain yang layak untuk mendaftar sebagai ahli TAWAS ke pejabat kami. Pihak kami akan memberikan ganjaran berbentuk baucer pembelian yang bernilai RM 20.00

Objektif

Program “Si Manja Cari Si manja” ini dilaksanakan berdasarkan beberapa objektif seperti di bawah :-

Menambah bilangan ahli berdaftar dengan TAWAS. Mensasarkan bilangan ahli berdaftar seramai 30,000 orang sehingga penghujung tahun 2009.



 
 
 

Program bulan Julai dan Ogos

Tarikh Masa Lokasi Program
09-10hb/01 09:30am - 10:00pm Tesco Setia Alam Buka Kaunter TAWAS
16-17hb/01 09:30am - 10:00pm Klang Parade Buka Kaunter TAWAS
23hb/01/10 08:00am - 06:30pm Dataran Kemerdekaan Shah Alam Karnival Mesra Berbudaya Bersama Rakyat
25hb/01/10 08:30am - 05:30pm Klinik Kanchong Darat Buka Kaunter Tawas
26hb/01/10 08:30am - 05:30pm Klinik Kanchong Tengah Buka Kaunter Tawas
27hb/01/10 08:30am - 05:30pm Klinik Kelanang Buka Kaunter Tawas
28hb/01/10 08:30am - 05:30pm Klinik Kg Bandar Buka Kaunter Tawas