|
Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)?
Jawapan
TAWAS adalah singkatan nama kepada Tabung Warisan Anak Selangor. TAWAS diwujudkan dengan tujuan untuk membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
Soalan
2. Apakah faedah yang akan diterima daripada skim ini?
Jawapan
Faedah yang akan diterima adalah seperti berikut:
a. Di awal pelaburan, setiap Ahli TAWAS akan menerima RM 100.
b. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang untuk menerima sebanyak RM 1,500 hasil pelaburan di dalam skim ini.
Soalan
3. Apakah syarat-syarat permohonan tabung ini?
Jawapan
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-
SYARAT 1:
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008;
iii. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.
SYARAT 2:
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008, DAN;
iii. Ibu atau Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Selangor minimum 5 tahun. (Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Ahli Parlimen/Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).
*Pendaftaran bagi kelahiran 2008 yang termasuk dalam kategori ini dibuka semula bermula 16hb April 2010 sehingga 15hb Oktober 2010 (6 bulan).
SYARAT 3:
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di luar negeri Selangor (sempadan negeri Selangor) mulai 1hb Januari 2008, DAN;
iii. *Ibu atau Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi bermastautin tetap di negeri Selangor. (Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Ahli Parlimen/Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).
Soalan
4. Bagaimana prosedur permohonan tabung ini?
Jawapan
Prosedur permohonan adalah seperti berikut:-
a. Pendaftaran adalah percuma
b. Ibu/Bapa dan penjaga hendaklah mendaftar melalui borang pendaftaran rasmi sahaja.
a. Setiap pendaftaran yang dibuat hendaklah disertakan bersama salinan dokumen seperti berikut:
Sijil lahir anak / Mykid anak
MyKad Ibu
Mykad Bapa
Mykad Penjaga (Jika Perlu)
Surat Perakuan Anak Angkat (Jika Perlu)
Soalan
5. Saya mempunyai anak angkat, adakah anak angkat saya layak untuk mendapat skim ini?
Jawapan
Ya, anak tersebut layak untuk mendapat manfaat skim ini sekiranya memenuhi syarat-syarat di atas di mana pihak YAWAS hanya mengambilkira asal-usul ibu bapa kandung. Permohonan hendaklah disertakan bersama salinan dokumen ibu bapa kandung, ibu bapa angkat dan surat perakuan anak angkat selain daripada salinan dokumen yang dinyatakan seperti di atas.
Soalan
6. Saya ingin mendaftar untuk anak saya, bagaimanakah caranya?
Jawapan
i. Pendaftaran boleh dibuat di kaunter pejabat projek TAWAS di alamat seperti berikut:
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Syarikat Pengurusan Projek TAWAS,
A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH,
Park City/I-City, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Atau;
ii. Pendaftaran juga boleh dibuat di pejabat-pejabat DUN yang berdekatan dengan tempat tinggal pemohon.
Atau;
iii. Selain itu, pendaftaran juga boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman sesawang kami iaitu www.tawas.org.my
Soalan
7. Sekiranya saya ingin mendaftar secara online, adakah saya perlu menghantar salinan dokumen sokongan yang diperlukan?
Jawapan
Ya, tuan/puan hendaklah mencetak borang pendaftaran online di akhir proses pendaftaran online dan seterusnya borang tersebut hendaklah ditandatangani dan dihantar bersama dokumen salinan yang dikehendaki ke alamat berikut:
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Syarikat Pengurusan Projek TAWAS,
A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH,
Park City/I-City, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Soalan
8. Dimanakah saya boleh dapatkan cop pengesahan mastautin?
Jawapan
Bagi tuan/puan yang jatuh pada syarat kedua atau ketiga, anda boleh mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Ahli Parlimen/Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).
Soalan
9. Bilakah tarikh tutup pendaftaran?
Jawapan
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari ulang tahun pertama pemohon. Sebarang permohonan selepas tarikh tersebut akan dikira sebagai tidak layak.
|