Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)?
Jawapan :
TAWAS adalah singkatan nama kepada Tabung Warisan Anak Selangor. TAWAS diwujudkan dengan tujuan untuk membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
Soalan
2. Apakah faedah yang akan diterima daripada skim ini?
Jawapan :
Faedah yang akan diterima adalah seperti berikut:
a. Di awal pelaburan, setiap Ahli TAWAS akan menerima RM 100.
b. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang untuk menerima sebanyak RM 1,500 hasil pelaburan di dalam skim ini.
Soalan
3. Apakah syarat-syarat permohonan tabung ini?
Jawapan :
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-
SYARAT 01:
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008;
iii. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.
SYARAT 02:
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008, DAN;
iii. Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Selangor minimum 5 tahun. (Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Ahli Parlimen/Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).
SYARAT 03:
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di luar Negeri Selangor (daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur dan Pahang) mulai 1hb Januari 2008 DAN;
iii. *Ibu dan Bapa lahir di daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur) dan Pahang. (Perlu mendapatkan Cop pengesahan Taraf mastautin)
*Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa yang bermastautin di daerah Negeri Selangor yang bersempadan negeri lain. Contoh:- Selangor- Negeri Sembilan, Selangor-Perak, Selangor-Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur) dan Selangor-Pahang.
Soalan
4. Bagaimana prosedur permohonan tabung ini?
Jawapan :
Prosedur permohonan adalah seperti berikut:-
a. Pendaftaran adalah percuma
b. Ibu/Bapa dan penjaga hendaklah mendaftar melalui borang pendaftaran rasmi sahaja.
c. Setiap pendaftaran yang dibuat hendaklah disertakan bersama salinan dokumen seperti berikut:
- Sijil lahir anak / Mykid anak
- MyKad Ibu
- Mykad Bapa
- Mykad Penjaga (Jika Perlu)
- Surat Perakuan Anak Angkat (Jika Perlu)
Soalan
5. Perlukah saya membuka akaun simpanan AmBank bagi menyertai skim ini?
Jawapan :
Anda TIDAK PERLU membuka akaun simpanan AmBank. Kerajaan Negeri Selangor akan membukakan akaun tersebut dengan pelaburan awal sebanyak RM 100.
Soalan
6. Saya mempunyai anak angkat, adakah anak angkat saya layak untuk mendapat skim ini?
Jawapan :
Ya, anak tersebut layak untuk mendapat manfaat skim ini sekiranya memenuhi syarat-syarat di atas di mana pihak YAWAS hanya mengambilkira asal-usul ibu bapa kandung. Permohonan hendaklah disertakan bersama salinan dokumen ibu bapa kandung, ibu bapa angkat dan surat perakuan anak angkat selain daripada salinan dokumen yang dinyatakan seperti di atas.
Soalan
7. Saya ingin mendaftar untuk anak saya, bagaimanakah caranya?
Jawapan :
i. Pendaftaran boleh dibuat di kaunter pejabat projek TAWAS di alamat seperti berikut:
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Syarikat Pengurusan Projek TAWAS,
A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH,
Park City/I-City, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Atau;
ii. Pendaftaran juga boleh dibuat di pejabat-pejabat DUN yang berdekatan dengan tempat tinggal pemohon.
Atau;
iii. Selain itu, pendaftaran juga boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman sesawang kami iaitu www.tawas.org.my
Soalan
8. Sekiranya saya ingin mendaftar secara online, adakah saya perlu menghantar salinan dokumen sokongan yang diperlukan?
Jawapan :
Ya, tuan/puan hendaklah mencetak borang pendaftaran online di akhir proses pendaftaran online dan seterusnya borang tersebut hendaklah ditandatangani dan dihantar bersama dokumen salinan yang dikehendaki ke alamat berikut:
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Syarikat Pengurusan Projek TAWAS,
A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH,
Park City/I-City, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Soalan
9. Dimanakah saya boleh dapatkan cop pengesahan mastautin?
Jawapan :
Bagi tuan/puan yang jatuh pada syarat kedua atau ketiga, anda boleh mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada (Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Ahli Parlimen/Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).
Soalan
10. Bilakah tarikh tutup pendaftaran?
Jawapan :
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada HARI ULANG TAHUN PERTAMA PEMOHON. Sebarang permohonan selepas tarikh tersebut akan dikira sebagai tidak layak.
Soalan
11. Bagaimana dan apakah prosedur yang berkaitan jika berlaku kematian?
Jawapan :
Sekiranya ahli TAWAS meninggal dunia sebelum mencapai umur 18 tahun, ibubapa/penjaga boleh membuat tuntutan pengeluaran terhad kepada jumlah baki semasa yang ada dalam akaun bank ahli TAWAS berkenaan sahaja. Urusan pembayaran pengeluaran baki akaun ahli TAWAS yang meninggal akan diurus oleh pihak bank.
Sekiranya Pemegang Amanah bagi akaun bank ahli TAWAS meninggal dunia, Pemegang Amanah boleh ditukar tetapi perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada pihak pengurusan TAWAS. Selain mengemaskini semula maklumat ahli tersebut dalam pangkalan data, YAWAS akan membuat surat pemakluman kepada bank untuk urusan penukaran Pemegang Amanah akaun bank.
Tuntutan pengeluaran jumlah baki semasa ahli TAWAS yang meninggal dan penukaran kepada Pemegang Amanah akaun bank ahli TAWAS boleh dibuat dengan mengisi borang rasmi TAWAS (TWS003/004) dengan mengemukakan salinan dokumen seperti berikut:
- Mykid dan sijil lahir anak
- Mykad ibubapa/penjaga/pemegang amanah baru
- Kad Si Manja TAWAS
- Sijil Akaun bank
- Sijil Kematian
- Permit kubur
Soalan
12. Adakah anak saya layak untuk mendapatkan baucer JOM SHOPPING BONUS SELANGORKU?
Jawapan :
Sekiranya anak anda adalah ahli TAWAS yang telah dilayakkan didalam program TAWAS, ini bermakna anak anda BERHAK menerima MANFAAT daripada Tabung Warisan Anak Selangor. Program ini dimulakan dengan anak yang lahir pada 2008 dan berterusan sehingga PENDAFTARAN TERBARU. Pihak TAWAS akan menghubungi ibubapa atau penjaga sekiranya program, masa dan tempat untuk anak anda telah ditetapkan. (sebagai contoh : jika anak anda lahir pada 01 Januari 2008, TAWAS akan menghubungi anda pada bulan Januari mengikut kawasan DUN tempat tinggal anda.)
Soalan
13. Mengapa saya masih belum menerima PANGGILAN atau SURAT JEMPUTAN untuk program baucer JOM SHOPPING BONUS SELANGORKU?
Jawapan :
Salah satu sebab mengapa anda tidak dapat adalah kerana anda tidak mengemaskini no telefon dan alamat terkini... ataupun semasa pihak tawas menghubungi anda, anda tidak menjawab panggilan tersebut. Dalam situasi ini, anda tidak perlu risau kerana secara automatik nama anda akan dimasukkan ke panggilan kedua... anda hanya perlu menunggu panggilan semula daripada kami... ( SILA PASTIKAN ANDA MENGEMASKINI NO TELEFON DAN ALAMAT ANDA )
Sila maklum.... pihak tawas hanya akan membuat 2 kali panggilan sahaja.... jika panggilan ke2 masih tidak dapat menghubungi anda... ini bermakna kami menganggap anda tidak berminat dengan manfaat ini.
Soalan
14. Anak saya masih belum menerima Sijil atau Kad Si Manja, Bagaimana?
Jawapan :
Utk makluman jika anda telah menerima kad Si Manja ini bermakna..... dana pembukaan akaun RM 100 telah pun disalurkan dan diperuntukkan ke ambank utk pembukaan akaun.... setelah sijil tersebut siap... pihak ambank sendiri akan menghubungi ibubapa utk datang mengambil sijil simpanan tersebut... harap bersabar
Seperti yang telah dimaklumkan... Segala urusan penghantaran dokumen untuk pembukaan akaun akan dilakukan oleh TAWAS... Setelah pihak Ambank membuka akaun anak anda, Pihak Ambank sendiri menghubungi anda! Harap maklum.
Soalan
15. Apakah sebab-sebab yang boleh melambatkan proses sijil?
Jawapan :
A. Menghantar borang tidak lengkap dari segi :
-Tiada salinan dokumen ( Mykad ibubapa, Sijil lahir @ Mykid anak )
-Salinan dokumen tidak jelas ( Kabur @ Terlalu gelap )
-Tiada cop taraf mastautin ( Bagi syarat 2 dan 3, Alamat tetap mesti di negeri Selangor )
-Bagi yang pakai passport perlu disertakan salinan muka depan passport dan visa ( visa terkini sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh luput semasa mendaftar )
-Hanya mykad, mykid dan sijil lahir anak sahaja yang kami terima.
-Bagi yang berpisah @ bercerai, surat cerai perlu disertakan
-Bagi anak angkat, surat pengkuan anak angkat perlu disertakan
B. Ibubapa ahli tidak mengemaskini maklumat terkini :
-Alamat baru setelah berpindah
-Menukar no. telefon
-Bercerai atau berpisah
-Berlaku kematian
Jika salah satu daripada perkara diatas tidak lengkap, pihak bank akan kembalikan permohonan anda pada kami semula dan ini akan memakan masa yang agak lama untuk diselesaikan.
Sila laporkan kepada pejabat YAWAS dengan segera jika ada sebarang perubahan atau aduan.