KINI ANDA BOLEH MENDAFTAR SECARA "ONLINE".... IBUBAPA SI MANJA TAWAS KINI BOLEH MENYERTAI KELAB `PARENTS' TAWAS

 


Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatanya TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008.

Sebagai usaha berterusan membawa manfaat TAWAS kepada rakyat Negeri Selangor, kini kempen penyebaran maklumat dan pendaftaran peserta di setiap kawasan wakil rakyat di seluruh Selangor.

Risalah dan borang pendaftaran TAWAS juga diedarkan di semua Jabatan/Agensi Negeri, termasuk semua Pejabat Daerah dan Tanah dan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor. Kini pihak TAWAS menyediakan pendaftaran secara 'On-Line' bagi mempercepatkan dan mempertingkatkan lagi usaha untuk memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Faedah Perlaksanaan TAWAS

Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.

Lembaga pemegang amanah

Yayasan Warisan Anak Selangor (atau singkatannya YAWAS) adalah organisasi yang telah ditubuhkan oleh kerajaan Negeri Selangor secara khusus untuk menguruskan Skim Tabung Warisan Anak Selangor dan program-program kebajikan yang lain. TAWAS diasaskan di bawah Akta Syarikat 1965 dan adalah sebuah syarikat berhad menurut jaminan. Lembaga Pemegang Amanah YAWAS terdiri daripada YAB Dato Menteri Besar Selangor dan YB Penasihat Undang-Undang Negeri.

Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim
(Menteri Besar Selangor)

Y.B. Datin Paduka Zauyah Be binti T.loth Khan
(Penasihat undang-Undang negeri Selangor)

Y.B. Dato' Mohd Arif Bin Ab. Rahman
(Pegawai Kewangan Negeri, PWN)




 
 
 

Program bulan Julai dan Ogos

Tarikh Masa Lokasi Program
23hb/02/10 07:30am - 10:30pm Dewan MBSA, Seksyen 19 Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)
07hb/03/10 08:30am - 12:30pm Dewan Tun Razak, Sabak Bernam Penyerahan Sijil TAWAS-Ambank dan Pemeriksaan Kesihatan